DR GLOW SKINCARE BEAUTY

DR GLOW SKINCARE BEAUTY

Ada sesiapa nak makan Pure Marine Collagen?




Assalamualaikum,

Aduh setelah dari hari Selasa 27 Dec hinggalah 1hb Dec barulah akak dapat online kembali gara2 modem rosak dek kena kilat petir. Aduh memang dugaan betul. Yang paling akak kesian dan risau pada customer akak ada yang hantar email tanya tentang promosi BE dan ada gak yang tanya kenapa akak dok tak reply email dorang ni. Ye lah kan macam mana nak reply kan kalau tak leh online. Yang sms tu terima kasih banyak2 dan dapatlah akak proses order mereka, Alhamdulillah.

Ok entry kali ni nak cerita akak sekarang ni selain makan BE, akak makan juga Pure Marine Collagen ni. Sambil2 tu buatlah masker pakai kat muka..best je tegang je rasa muka ni. 


Gambar di atas adalah rupa pure kolagen yang belum diproses.. kalau ada sesiapa yang pernah beli yang mentah ni mesti perasan apa yang putih2 kat rumpai laut ni kan..ha kalau nak tahu yang putih putih tu adalah hablur garam.. memang sudah hidup dia dalam laut bergaram lah rupanya kan.. jadi lepas keluarkan dari plastik basuh bersih bersih, nak hilangkan bau akak ramas2 dengan asam jawa, basuh lagi dalam 5 kali bilasan, buang air dan rendam dalam bekas berisi air tapis/air mineral agak agak tenggelam sikit dari kolagen yang dah dibasuh.


.. dia akan mengembang macam gambar di atas ni.. nampak tak .. ni akak rendam dalam bekas semalaman..jadi besar kan ...so boleh tengok saiz dia masa di keringkan yang dalam bungkusan tu dengan rupa yg dah kembang.. cantik kan :)

Lepas kolagen dah kembang cantik tu masukkan dalam periuk bersih dan pastikan periuk yang nak kita guna tu bebas dari bau yang tak sesuai macam bauk kari ke, masak asam tempoyak ke, sebab nanti dah tak sedap la kan jelly perisa kari..:) 



.. Ok nak masak tu tambah 2.5 liter air kemudian rebus dalam 30 minit atau sampai kolagen tu hancur.. ok gambar kat bawah ni akak masak letakkan sekali daun pandan dalam 2 helai nak bagi wangi sikit..:) so jadi la agar2 pandan..:) Bila kolagen dah hancur tutup api dan sejukkan dalam bekas yang bersesuaian..



 Ok dah masak tu akak masukkan dalam bekas putih ni sebab senang nak makan..sejukkan dulu ya sebelum masukkan dalam peti sejuk.


 Ha ni dia dah sejuk pun dan boleh la di makan..nak ada perisa akak campurkan je dengan sunquick. Ambil satu sudu besar kolagen pastu letak atas piring, letak 1 sudu kecik sunquick dan gaulkan pastu ngap le..hihi. Nak jadikan masker, ambik 1 sudu besar, letak atas piring, hancurkan pastu terus je sapu kat seluruh muka, sejuk je rasa masa letak kat muka tu..biar kering dalam setengah jam..akak siap boleh buat kerja lain la kan sambil2 tunggu dia kering dan yang paling best bila kering, ia akan menegang sangat. Best! Rugi tau korang tak nak try ni. Buat sekali sehari untuk masker, makan sekali atau dua kali sehari, untuk makan ambil dalam 2 sudu besar ya. Boleh tahan dalam sebulan ni kalau betul2 makan dan pakai masker. Ni akak masak dalam 100gm ( satu packet) GRED AAA. Ha tunggu apa lagi? Kalau minat boleh order ya..Rasa2 korang kan kalau akak jual yg dah masak ni ada tak orang nak beli? Ye la kan ada gak antara kita yang malas nak masak kolagen ni..tapi boleh COD je la, nak pos tak dapatla kan..:)

Ok harga Pure Marine Collagen GRED AAA: RM30.00 + free 1 pc slimming soap
 Postage + RM6 SEM / RM10 SBH SWAK
 

TABITA Beauty Store Copyright © 2013 Cosmetic Girl Designed by TABITA Beauty Store | In Collaboration with FIFA
Girl Illustration Copyrighted to Dapino Colada