DR GLOW SKINCARE BEAUTY

DR GLOW SKINCARE BEAUTY

Kapsul manjakani terbaik untuk merawat dalaman wanita




Q: Apakah itu Pure Ground ManjaQani?
A: PURE GROUND MANAJAQANI (PGM) kisaran serbuk halus buah manjakani TANPA CAMPURAN apa-apa bahan lain bagi menjamin dan memelihara keaslian dan keberkesanannya. Satu produk yang diinovasikan bagi menggantikan cara tradisional pengambilan herba manjakani iaitu dengan meminum air rebusan yang sangat pahit. Khasiatnya yang sememangnya diketahui dan dituruti sejak turun temurun. 

Q: Apakah yang dikatakan sebagai cara tradisional pengambilan buah manjakani?
A: Orang tua-tua biasa mengamalkan merebus buah manjakani dan air rebusan tersebut diminum atau digunakan untuk mencuci bahagian sulit wanita. Semasa dalam pantang, para ibu memasukkan sebiji buah manjakani di dalam periuk nasi yang hampir kering dan masak dengan tujuan untuk stimkan buah manjakani menjadi lembut. Buah yang telah lembut tersebut kemudian di makan sebiji atau 2 biji sehari.

Q: Adakah produk lain selain PGM dalam kapsul?
A: Setakat ini produk yang kami hasilkan hanyalah PGM dalam kapsul. Ada beberapa produk lain yang mungkin kami lancarkan pada masa akan datang tapi buat masa sekarang fokus kami pada PGM dalam kapsul dahulu.

Q: Adakah produk ini selamat dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
A: Setakat ini kami belum memohon dari KKM. Ini kerana kami baru bermula (pelancaran jualan online pada 24 September 2013) secara kecil-kecilan di rumah tanpa memiliki kilang atau pekerja. Namun kami yakin produk kami selamat kerana PGM bebas dari sebarang bahan kimia dan pengawet. Kami menekankan keaslian produk kami dan kami yakin buah manjakani tidak mendatangkan mudarat sekiranya diambil dengan aturan yang kami sarankan.
Mendapatkan kelulusan dari KKM adalah satu dari misi kami. InshaAllah sekiranya jualan kami memuaskan dan mendapat permintaan dalam pasaran, kami akan pastikan misi ini tercapai.

Q: Adakah PGM halal?
A: YA, PGM adalah produk yang kami jamin HALAL. Satu-satunya bahan asing (bukan semulajadi) dalam PGM salah satunya adalah gentian kapsulnya. Kami memastikan pembekal kapsul kami dari kilang bumiputera dan telah mendapat kelulusan KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Q: Adakah ada pantang larang dalam pengambilan PGM?
A: Wanita mengandung adalah sangat ditegah mengambil PGM, kerana manjakani ni dikenali sebagai jamu yang panas, dikhuatiri akan memudaratkan kandungan. Selain dari itu, tiada pantang larang dalam pengambilan PGM. Selamat untuk wanita dari peringkat umur remaja, anak dara hingga ke peringkat umur yang lebih lanjut.

Q: Siapakah yang boleh mengambil PGM?
A: Wanita sudah berkahwin. Ibu yang berpantang (bersalin normal dan pembedahan). Anak dara yang bermasalah keputihan. Wanita berusia.

Q: Adakah selamat untuk ibu yang menyusukan?
A: PGM selamat untuk ibu menyusukan. Namun kami sarankan ibu-ibu memastikan bayi dalam keadaan sihat, tiada cirit-birit, tiada jaundis/kuning, dan telah tanggal tali pusat. Perkara ini adalah kritikal dan harus dititik-beratkan oleh para ibu agar sebarang jamu diambil tidak memudaratkan bayi anda.
(*Nota: Penerimaan badan seseorang individu (ibu atau bayi) itu berbeza dan tidak sama dengan individu lain. Sila beri perhatian terhadap sebarang tindak balas pada diri anda atau bayi anda. Sekiranya terdapat sebarang reaksi yang anda khuatiri tidak sihat, kurangkan dos atau sila berhenti mengambil PGM)

Q: Penyakit apakah boleh dirawat dengan PGM?
A: Antaranya; Wanita bermasalah keputihan (yang sudah berkahwin dan anak dara). Kencing tidak lawas. Masalah menahan kencing (urinary tract). MisVee berbau atau longgar. Kulit di celah-celah lipatan berwarna tidak sekata dan gelap. Luka bersalin normal dan pembedahan. Keguguran. Kitaran haid tidak teratur. Haid terlalu kerap. Haid berlarutan dan berhari-hari. Senggugut. Rahim jatuh. Kulit kendur, kusam dan berjerawat. 

Q: Apakah aturan pengambilan PGM dalam kapsul?

A: Aturan:
1. Menjaga Kesihatan Dalaman Wanita: 2 biji malam sebelum tidur.

2. Keputihan Teruk dan Bau Tidak Menyenangkan: 3/2 biji 2 kali sehari. Apabila makin pulih kurangkan dos ke 2 biji malam sebelum tidur.

3. Wanita Berpantang, Mengecutkan Perut dan Rahim: 2 biji 2 kali sehari selama 44 hari. (Selepas pantang, ambil dos no. 1)

4. Memulihkan dan Mengetatkan Tisu Otot Faraj : 2/3 biji 2 kali sehari. Apabila makin pulih kurangkan dos ke 2 biji malam sebelum tidur.

*Note: 
1) Make sure byk minum air. Kalau simptom makin teruk, jgn berhenti ambil. Tu tindakbalas biasa, teruskan pengambilan hingga pulih.

2) Ibu yg menyusu pastikan byk minum air (tidak disarankan sekiranya bayi tidak sihat, ada jaundis/kuning dan belum tanggal tali pusat)

3) Jarakkan 4-5 jam dgn ubat/supplement lain
(*Note: Sekiranya kondisi penyakit anda tidak serius, sila ikut dos no. 1. PGM adalah jamu asli jadi adalah memakan masa untuk menampakkan kesannya. Kami menegah sama-sekali anda mengambil PGM secara berlebihan.)
 

TABITA Beauty Store Copyright © 2013 Cosmetic Girl Designed by TABITA Beauty Store | In Collaboration with FIFA
Girl Illustration Copyrighted to Dapino Colada