DR GLOW SKINCARE BEAUTY

DR GLOW SKINCARE BEAUTY

Petua Awet Muda :)




Banyak petua tradisional yang boleh digunakan untuk tujuan awet muda dan tidak diketahui oleh orang ramai.




Petua Awet Muda :

1. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan ia setiap hari selepas bangun tidur. Insya-Allah muka anda akan kelihatan berseri-seri setiap hari.

2. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa direbus. Anda juga boleh meminum air rebusan pucuk gajus tersebut untuk kelihatan awet muda.

3. Anda boleh gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda. Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan.

4. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu untuk kelihatan muda dan berseri-seri setiap hari.

5. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam sebelumnya. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.

Selamat Mencuba & Berjaya
 

TABITA Beauty Store Copyright © 2013 Cosmetic Girl Designed by TABITA Beauty Store | In Collaboration with FIFA
Girl Illustration Copyrighted to Dapino Colada