DR GLOW SKINCARE BEAUTY

DR GLOW SKINCARE BEAUTY

Tips Kecantikan: Merawat Kulit Muka Yang Kasar Jom cuba :)






Merawat Kulit Muka Kasar

Bagi sesetengah wanita, mengalami masalah kulit muka kasar sangat sensitif bagi mereka. 
Ini kerana mereka tidak merasa selesa dengan keadaan tersebut tambahan pula ketika mereka berpeluh. 

Aktiviti seharian mereka juga terbatas akibat daripada kesan kulit muka kasar yang dialami selama ini.

Ada sesetengah individu yang menganggap ia adalah sebahagian daripada kecantikan paras rupa. Oleh itu, menjaga kulit muka sangat penting kerana ia merupakan imej bagi seseorang individu. Kalau kulit muka nampak kurang bermaya atau kurang sihat, ia menyukarkan mereka untuk melakukan kerja seharian.

Adakah anda mempunyai masalah dengan kulit muka anda? Masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk melicinkan kulit muka anda ? 

Jom cuba petua di bawah ini :

1. Bersihkan beberapa biji kulit telur. Selepas dibersihkan, ambil kulit telur tersebut dan jemur sehingga betul-betul kering dan kisar sehingga halus. Bancuh ia dengan air suam bersama bedak sejuk. Sapu pada bahagian muka yang mengalami kulit muka kasar secara perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Tunggu beberapa minit dan basuh dengan menggunakan air suam dan disusuli dengan air sejuk. Insya-Allah masalah kulit muka kasar anda dapat di atasi.

2. Ambil sebiji atau dua biji timun, Parut hujung timun tersebut dan gaulkan dengan air bersama-sama dengan tepung jagung. Sapukan ia pada muka setiap malam sebelum tidur.

3. Ambil tepung pulut can campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

4. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.

5. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.

6. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.

7. Ambil seikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.

Jangan lupa untuk amalkan selalu agar masalah kulit muka kasar dapat dikurangkan.

 

TABITA Beauty Store Copyright © 2013 Cosmetic Girl Designed by TABITA Beauty Store | In Collaboration with FIFA
Girl Illustration Copyrighted to Dapino Colada